Pemandu Axia Maut Bertembung Kenderaan Pacuan Empat Roda

Pemandu Axia Maut Bertembung Kenderaan Pacuan Empat Roda

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang pemandu Perodua Axia maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda di jalan yang berdekatan Kampung Ramayah, Putatan di sini semalam.

Mangsa lelaki 28 tahun maut di lokasi insiden kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata pemandu pacuan empat roda juga merupakan seorang lelaki yang berumur 28 tahun.

“Mangsa dalam perjalanan ke Lok Kawi dari daerah Penampang menggunakan laluan Jalan Papar Lama – Penampang…

“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah tulang leher yang disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda Isuzu D-Max, bersama dua (2) penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Haris berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.