BN MENANG BERGAYA DI MELAKA

BN MENANG BERGAYA DI MELAKA

0
SHARE

MELAKA – Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Kerajaan Negeri Melaka selepas mencatat kemenangan bergaya selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam (20 Nov) dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lewat malam tadi yang menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti akatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Untuk rekod, kali terakhir BN memperoleh majoriti dua pertiga di Melaka ialah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 apabila memenangi 23 kerusi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata statistik SPR menunjukkan BN menang di DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

PH pula menang di Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala PN menang di Sungai Udang dan Bemban.

“Jumlah individu keluar mengundi antara jam 8 pagi hingga 5.30 petang adalah 326,068 atau 65.85 peratus daripada keseluruhan 495,195 pengundi berdaftar di Melaka…

“Jumlah itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang sudah menjalankan tanggungjawab dalam PRN hari ini (20 Nov),” katanya pada sidang media malam tadi.

Walau bagaimanapun, menurut SPR peratusan keluar mengundi itu merosot berbanding 84.7 peratus (84.7%) yang dicatatkan di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), selain tidak menepati sasaran asal SPR iaitu 70 peratus (70%).

Berikut merupakan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka:

N1 – Kuala Linggi (BN) Rosli Abdullah
N2 – Tanjung Bidara (BN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
N3 – Ayer Limau (BN) Datuk Hameed Mytheen Samsudin
N4 – Lendu (BN) Datuk Seri Sulaiman Md Ali
N5 – Taboh Naning (BN) Zulkiflee Mohd Zin
N6 – Rembia (BN) Datuk Muhammad Jailani Khamis
N7 – Gadek (BN/MIC) P Shanmugam
N8 – Machap Jaya (BN/MCA) Ngwe Hee Sam
N9 – Durian Tunggal (BN) Zahari Abd Kalil
N10 – Asahan (BN) Fairul Nizam Roslan
N11 – Sungai Udang (PN) Dr Mohd Aleef Yusof
N12 – Pantai Kundor (BN) Tuminah Kadi@ Mohd Hashim
N13 – Paya Rumput (BN) Datuk Rais Yasin
N14 – Kelebang (BN) Datuk Lim Ban Hong
N15 – Pengkalan Batu (BN) Datuk Kalsom Nordin
N16 – Ayer Keroh (PH) Kerk Chee Yee
N17 – Bukit Katil (PH) Adly Zahari
N18 – Ayer Molek (BN) Datuk Rahmad Mariman
N19 – Kesidang (PH) Seah Shoo Chin
N20 – Kota Laksamana (PH) Low Chee Leong
N21 – Duyong (BN) Mohd Noor Helmy Abdul Halem
N22 – Bandar Hilir (PH) Leng Chau Yen
N23 – Telok Mas (BN) Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
N24 – Bemban (PN) Dr Mohd Yadzil Yaakub
N25 – Rim (BN) Datuk Khaidhirah Abu Zahar
N26 – Serkam (BN) Datuk Zaidi Attan
N27 – Merlimau (BN) Dr Muhamad Akmal Saleh
N28 – Sungai Rambai (BN) Siti Faizah Abdul Azis