Jabatan Kerajaan Negeri Berkaitan Diminta Turun Padang Pantau Kerosakan Jambatan Kampung Tanah...

Jabatan Kerajaan Negeri Berkaitan Diminta Turun Padang Pantau Kerosakan Jambatan Kampung Tanah Merah

0
SHARE

SIPITANG, SABAH – Jabatan Kerajaan Negeri yang berkaitan diminta turun padang untuk melihat sendiri kerosakan jambatan ke Kampung Tanah Merah, di sini, akibat banjir baru-baru ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin, Sani Miasin dalam sebuah catatan di halaman Facebook peribadinya semalam berkata, terdapat beberapa kawasan yang dilaporkan sudah mula rosak akibat banjir kilat walaupun baru sahaja dibaiki.

Sani Miasin…

“Beginilah keadaan jambatan dan jalan perhubungan ke Kampung Tanah Merah Daerah Sipitang dalam kawasan N35 Sindumin…

“Pada masa yang sama, paip air milik jabatan air pun telah dihanyutkan oleh arus deras.

“Saya bagi pihak penduduk kampung yang terlibat merayu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Air Negeri SabaH (JANS) Daerah Sipitang agar dapat turun ke lokasi terjejas,” katanya.

Menurutnya, ia supaya tindakan tersebut dapat membantu menjamin keselamatan penduduk dan sesiapapun yang menggunakan jambatan terbabit.

Jelasnya, beliau mahukan laporan kerosakan itu sampai kepada pihak-pihak atasan kementerian yang berkaitan agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya amat prihatin terhadap keluhan penduduk kampung berkenaan supaya perkara ini diambil perhatian dan tindakan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” ujarnya.