PAPAR, SABAH – Seorang lelaki cuba mengambil nyawanya sendiri dengan berdiri di tengah jalan raya berhampiran Kampung Beringgis di sini, hari ini.
Walau bagaimanapun, mangsa beumur 40an berubah fikiran sebelum sempat dilanggar kenderaan yang sedang berlalu-lalang.
Beliau dikatakan berada dalam perjalanan bersama DUA (2) ahli keluarga lelakinya dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Difahamkan, berlakunya perselisihan faham di antara mereka yang mengakibatkan tindakan mangsa itu.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada 11.29 pagi tadi.

Ketua Balai, PPgB Rosli Jun berkata setibanya anggota beliau di lokasi terletak kira-kira 14 km daripada balai, mangsa didapati sudah berada pada bahu jalan.
“Dalam keadaan emosi, mangsa bertindak menghentikan kenderaannya di bahu jalan dan keluar berdiri di tengah jalan raya…
“Pengadu membuat keputusan yang bijak dengan memanggil petugas keselamatan untuk mengawal keadaan bagi mengelak daripad perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Beliau berkata teelebih dahulu, abang mangsa telah berjaya memujuknya manakala pihak pihak Polis turut berada di lokasi.
“Operasi ditamatkan pada jam 12.15,” katanya.





