KOTA KINBALU, SABAH – Kes COVID-19 Sabah meneruskan trend penurunan dengan kurang 29 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 166 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, trend penstabilan itu sejajar dengan trend diseluruh negara.
“Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang tertinggi kes baharu di Sabah dengan 41 kes, iaitu tujuh (7) kes lebih tinggi daripada sebelumnya…
“Kota Kinabalu diikuti oleh Tuaran dengan 27 kes (-2), Papar 18 kes (+7), Ranau 14 kes (-2), Penampang 13 kes (-5) dan Putatan 11 kes,” jelasnya.
Sebanyak 14 daerah mencatat kurang daripada 10 kes baharu termasuk lapan (8) daerah yang merekodkan 1 atau 2 kes baharu sahaja.
“Tidak ada kes baharu di Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod,” jelasnya dalam sebuah rumusan harian kes.
Menurutnya, Seramai 161 orang daripada 166 pesakit baharu hari ini cuma berada dalam Kategori 1 dan 2
Dalam pada itu, seorang berada dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5.
“Kes yang melibatkan dua (2) pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan,” ujarnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 41 (34)
Tuaran – 27 (29)
Papar – 18 (11)
Ranau – 14 (16)
Penampang – 13 (18)
Putatan – 11 (0)
Tenom – 9 (6)
Beaufort – 7 (3)
Tambunan – 4 (5)
Sandakan – 4 (9)
Keningau – 3 (5)
Tawau – 3 (5)
Semporna – 2 (0)
Kuala Penyu – 2 (10)
Lahad Datu – 2 (2)
Kota Belud – 2 (16)
Sipitang – 1 (4)
Pitas – 1 (1)
Kalabakan – 1 (1)
Kudat – 1 (3)
Beluran – 0 (3)
Telupid – 0 (4)
Kinabatangan – 0 (1)
Kota Marudu – 0 (3)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (3)
Tongod – 0 (3)