Remaja Perempuan Rentung Dalam Kebakaran Kampung Lasing Di Ranau

Remaja Perempuan Rentung Dalam Kebakaran Kampung Lasing Di Ranau

0
SHARE
Kebakaran
Kediaman dua tingkat mangsa yang musnah dijilat api ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Mayat rentung seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui selepas kebakaran rumah di Kampung Lasing, sini, berjaya dipadamkan awal hari ini.

Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau bertindak kepada panggilan kecemasan 1.36 pagi itu dan tiba ke lokasi 5 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 20×30 kaki terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran 400 kaki, dua pancutan dan sumber air dari jentera.

“Terdapat seorang mangsa remaja perempuan ditemui rentung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam sebuah kenyataan.

Setelah memastikan tiada keberbahayaan di lokasi pasukan terlibat menamatkan operasi ditamatkan pada jam 4.26 pagi.

.