TAWAU, SABAH – Mayat terakhir TIGA (3) adik-beradik yang lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Kampung Batu Payung tiga hari lalu telah ditemui pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa Rahena Muhaimin, 20, ditemui pasukan Maritim Malaysia di sungai Membalua kira-kira 4 km dari tempat kejadian pada jam 8.34.
Mangsa merupakan kakak kepada Saiful, 15, dan Jaidi, 5, yang mana ditemui gandingan bahu penduduk kampung dalam operasi pencarian pada pukul 8 pagi kelmarin.

ENAM (6) daripada sembilan mangsa dalam bot yang sama berpatah balik dari Batu 4 Kampung Rawa-Rawa ke Kampung Batu Payung pada petang Ahad.





