KOTA MARUDU, SABAH – Penduduk yang berteduh di Pusat Penempatan Sementara (PPS) diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata risiko jangkitan itu tetap ada lebih-lebih lagi ketika benca alam.
Beliau berkata demikian dalam tinjauan ke antara 13 PPS di daerah ini yang sedang menampung lebih 2,000 penduduk hari ini.
“Kami mendapati keperluan seperti penghadang, tilam, bantla dan bahan bermasak semua telah disediakan Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Marudu…
“Orang ramai diingatkan juga untuk sentiasa patuh kepada arahan puhak berkuasa daerah masing-masing agar keselamatan dapat dijaga,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata LIMA (5) buah kampung yang terputus hubungan darat disebabkan banjir akan diberikan bantuan bakul makanan.





