Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Kundasang Hari Ini

Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Kundasang Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster baharu direkodkan di Ranau dan jumlah kes harian menurun empat (4) kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah keseluruhan kes baharu Negeri Sabah hari ini sebanyak 161 KES.

“Enam (6) daerah mencatatkan kes dua angka, sebelas (11) daerah mencatatkan kes satu angka dan tidak ada kes baharu di sepuluh (10) daerah…

“Kluster Jalan Kem Bina melibatka pekerja di Hotel Perkasa Kundasang yang dikesan positif melalui Saringan Bergejala.

“Saringan yang dibuat dikalangan kontak rapat mendapati 39 orang lagi dikesan positif,” katanya dalam rumusan harian kes.

Seramai 161 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Tidak ada kes dalam Kategori 3, manakala tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan terdapat satu (1) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 37 (33)
Penampang – 19 (19)
Tuaran – 19 (8)
Kota Belud – 19 (19)
Ranau – 17 (17)
Keningau – 12 (5)
Tambunan – 7 (4)
Papar – 7 (10)
Sandakan – 4 (4)
Tenom – 4 (2)
Tawau – 3 (11)
Putatan – 3 (4)
Kudat – 3 (4)
Kuala Penyu – 2 (3)
Kota Marudu – 2 (10)
Beaufort – 2 (5)
Pitas – 1 (0)
Semporna – 0 (0)
Beluran – 0 (1)
Telupid – 0 (1)
Lahad Datu – 0 (2)
Kinabatangan – 0 (1)
Kunak – 0 (2)
Nabawan – 0 (2)
Sipitang – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)