KUALA PENYU, SABAH – Anjing pengesan Bomba digunakan bagi membantu dalam pencarian seorang nelayan yang dikhuatiri lemas semasa memukat di Kampung Lambidan sini.
Adik kepada mangsa, Sharizan Sani, 39, membuat laporan Bomba pada pukul 8.59 pagi tadi setelah menyedari kehilangan abangnya dua jam sebelum itu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata seramai 10 anggota dan pegawai pasukan daerah bersama anjing pengesan, Peter, dikendalikan PBK II James Jamatm sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
VIDEO seekor anjing pengesan Bomba, Peter digunakan menghidu bau mangsa di pesisiran pantai Kampung Lambidan…(SUMBER VIDEO: Ihsan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah)
“Operasi SAR dijalankan di lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya sambil menambah maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.