PERIKATAN NASIONAL MAMPU MELAKUKAN KEJUTAN MENANG PADA PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA

PERIKATAN NASIONAL MAMPU MELAKUKAN KEJUTAN MENANG PADA PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA

0
SHARE

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu membuat kejutan dengan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Syihab Al Hadi, seorang penganalisis politik bebas ketika diminta mengulas mengenai peluang Perikatan Nasional (PN) di Melaka berkata, amat sukar untuk meramalkan parti mana yang akan menang dengan selesa ketika ini memandangkan undi melayu telah berpecah kepada TIGA (3) iaitu BN, PN dan PH.

Jika dilihat daripada situasi terkini PH sudah tentu tidak mempunyai masalah besar untuk menang di kerusi majoriti pengundi berbangsa Cina dan India.

Malangnya bagi kerusi majoriti Melayu agak sukar meramalkan parti mana yang akan menang dengan majoriti yang lebih besar.

Syihab berkata lagi: “tidak dinafikan kekuatan PN kali ini diakui terletak pada aura kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk peranan Presiden Parti PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang”.

“Banyak faktor boleh diambil kira bagi mengukur kekuatan PN di antaranya adalah calon Ketua Menteri mewakili PN, latar belakang calon termasuk kerjasama oleh jentera bawahan Parti PAS yang sememangnyq dikenali begitu kukuh turut dilihat sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan undi kepada PN kali ini”.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang…

Manakala UMNO pula, merujuk kepada faktor kepimpinan, kepincangan kes pasir, cerita mengawal Ketua Menteri termasuk latar belakang Pengerusi UMNO Melaka iaitu Datuk Rauf yang turut kurang disenangi oleh ahli-ahli bawahan UMNO dilihat akan menjejaskan peluang UMNO kali ini.

“Pengundi di Melaka juga dilihat mempunyai sentimen agak kurang senang dengan keputusan UMNO membubarkan DUN, semasa negara dalam proses memerangi wabak Covid-19…

“Ramai di antara pengundi jelas meluahkan kekecewaan mereka, sepatutnya masalah rakyat perlu dikedepankan dahulu selepas sumber pendapatan mereka terjejas teruk akibat wabak COVID-19 dan bukannya berterusan berpolitik, justeru undi protes ini juga mungkin akan diterjemahkan oleh mereka semasa membuang undi.

“Justeru, saya cukup yakin bukanlah sesuatu yang mustahil bagi PN untuk membuat kejutan pada pilihan raya Melaka yang dijadualkan Sabtu ini (hari ini),” Syihab berkata lagi.