Proses Pengundian PRN Melaka Bermula Pagi Ini

Proses Pengundian PRN Melaka Bermula Pagi Ini

0
SHARE

MELAKA – Kerajaan baharu yang akan menerajui pentadbiran Melaka untuk tempoh lima tahun ditentukan oleh sejumlah 495,195 pengundi berdaftar di negeri ini melalui proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Sebanyak 217 pusat mengundi membabitkan 1,109 saluran dibuka bermula pada 8 pagi ini.

PRN Melaka perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14.

Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebelum ini mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu, susulan tindakan bekas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka mempunyai sebanyak 28 kerusi DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan semua pusat pengundian akan ditutup tepat jam 5.30 petang ini.