Kes COVID-19 Sabah Menyusut Lagi Hari Ini

Kes COVID-19 Sabah Menyusut Lagi Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu Sabah menyusut 13 kes berbanding semalam menjadikan jumlah baharu sebanyak 244.

Daerah Penampang mencatatkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan 50 kes (+31), diikuti oleh Kota Kinabalu dengan 44 kes (-21), Ranau 27 kes (+12), Kota Belud 19 kes (+10), Papar 16 kes (-1) dan Tuaran 14 kes (-19).

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan yang berlaku di Penampang agak tinggi yakni lebih dua kali ganda berbanding dengan jumlah semalam.

“Kesemua enam daerah ini adalah daerah-daerah yang mencatat jumlah kes baharu dua angka…

“Sebanyak 18 daerah hanya mencatatkan kes satu angka sementara Semporna, Kunak dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Sejumlah 241 daripada 244 pesakit baru hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3, satu (1) kes dalam Kategori 4 dan tiada kes yang direkodkan dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Penampang – 50 (19)
Kota Kinabalu – 44 (65)
Ranau – 27 (15)
Kota Belud – 19 (9)
Papar – 16 (17)
Tuaran – 14 (33)
Kuala Penyu – 9 (11)
Keningau – 9 (14)
Kota Marudu – 7 (8)
Tawau – 6 (5)
Telupid – 5 (0)
Lahad Datu – 5 (0)
Sandakan – 5 (20)
Tambunan – 4 (6)
Beaufort – 4 (7)
Putatan – 4 (5)
Sipitang – 3 (2)
Pitas – 3 (1)
Beluran – 2 (1)
Kinabatangan – 2 (2)
Nabawan – 2 (2)
Tenom – 2 (7)
Kalabakan – 1 (0)
Kudat – 1 (3)
Semporna – 0 (0)
Kunak – 0 (1)
Tongod – 0 (4)