Program ‘Sungkai On The Road’ Kurangkan Kesesakan di Bazar Ramadan

Program ‘Sungkai On The Road’ Kurangkan Kesesakan di Bazar Ramadan

0
SHARE
Ruslan ketika menyampaikan bungkusan juadah berbuka puasa kepada kenderaan yang melalui jalan MUIS

KOTA KINABALU: Program Sungkai On The Road sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesesakan pengunjung di Bazar Ramadan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, antara sebab lain program itu dilaksanakan adalah bagi membantu menjimatkan masa para pemandu untuk singgah ke Bazar Ramadan. 

“Pada petang inim kita bersama-sama pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk memberi bungkusan juadah berbuka puasa kepada pemandu-pemandu kenderaan.

“Antara lain tujuan kita melaksanakan program ini dimana kita melihat kesibukan mereka yang bekerja dan kedua kita dapat mengurangkan kesesakan pengunjung di Bazar Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Program Sungkai On The Road sempena Ramadan tahun ini di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini petang kelmarin.

Program dianjurkan bersama JHEAINS; MUIS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Sebanyak 250 bungkus juadah berbuka puasa diedarkan kepada orang ramai khususnya para pemandu kenderaan menerusi pelaksanaan program Sungkai On The Road sempena Ramadan tahun ini.

Ruslan berkata, program itu akan diadakan dibeberapa buah daerah lain sepanjang Ramadan.

“InsyaAllah esok kita akan bersama-sama dengan peniaga-peniaga bazar Ramadan yang berada di daerah Beaufort dan InsyaAllah kita akan mengadakan juga dengan anak-anak yatim serta para asnaf yang mana telah pun kita kenal pasti di daerah-daerah di Sabah,” katanya.