FAMA Teruskan Kempen ‘Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan’ di Sabah

FAMA Teruskan Kempen ‘Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan’ di Sabah

0
SHARE
FAMA teruskan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di Sabah

TAWAU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meneruskan penganjuran Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di Sabah dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadikan buah tempatan sebagai menu dalam setiap hidangan makanan.

Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 250 kilogram (KG) buah-buahan tempatan yang terdiri daripada tembikai merah, tembikai kuning, jambu batu dan pamelo Tenom dibekalkan oleh FAMA Negeri Sabah, iaitu hasil keluaran dari Tenom dan Tawau. 

“Bagi kempen kali ini, FAMA mempersembahkan buah Tarap yang merupakan kebanggaan kepada negeri Sabah kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama delegasi dari negeri Perlis serta anggota PDRM,” katanya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan menghadiri kempen kali ketiga berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini, hari ini.

Program itu turut diadakan bersempena Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH) 2024.

Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan dianjurkan buat julung kali oleh FAMA pada tahun 2018 di Perlis.