DBKK Sambung Tempoh Sah Laku Kupon Harian Letak Kereta Yang Tamat Tahun...

DBKK Sambung Tempoh Sah Laku Kupon Harian Letak Kereta Yang Tamat Tahun Lalu

0
SHARE
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan bahawa, kupon letak kereta yang telah tamat tempoh pada tahun lalu, 2023 akan disambung semula sehingga 30 Jun 2024.

Mayor DBKK, Datuk Seri Sabin Samitah dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengguna boleh terus menggunakan dan mempamerkan kupon berkenaan sehingga tarikh yang telah ditetapkan tersebut.

“Kelonggaran ini dilaksanakan adalah untuk membantu mengurangkan beban pengguna ruang letak kereta di seluruh kawasan di bawah bidang kuasa DBKK.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk mempamerkan kupon harian atau bulanan yang betul dan sah setiap kali menggunakan ruang letak kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd di talian talian 088-270181/182 atau Hotline WhatsApp 010-56208856.

“Orang awam juga boleh mengunjungi terus pejabat kami di KK Plaza, Lot 1.49 to 1.54, Tingkat 1, Jalan Lapan Belas, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.