Bomba Selamatkan Kanak-Kanak OKU Ketika Memanjat Tingkap Rumah Cari Ibu Bapa

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak OKU Ketika Memanjat Tingkap Rumah Cari Ibu Bapa

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Pasukan Bomba daerah bertindak menurunkan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dari tingkat pertama balkoni rumah atas kedai Sim Sing Hup di Batu 8 sini petang tadi.

Difahamkan perempuan belasan tahun itu sedang mencari ibu bapanya yang telah keluar seketika sehingga bertindak memanjat keluar tingkap rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata orang awam yang menyedari kejadian bersangka mangsa cuba mengambil nyawa sendiri.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.04 petang dan lokasi berjarak kira-kira 9 Km daripada balai…

“Pasukan Bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan tangga seterusnya diserahkan kepada pihak keluarga.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya sambil menambah operasi taman dalam masa 25 minit.