KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat kenaikan hanya sebanyak dua (2) kes COVID-19 dengan keseluruhan 543 kes pada hari ini.
Daerah Kota Kinabalu terus menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 120 kes iaitu peningkatan 27 kes berbanding kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Ranau dan Tuaran masing-masing mencatat 51 kes baharu.
“Hanya Penampang mencatat penurunan yang agak besar dengan -20 kes. Semporna dan Kalabakan mencatatkan sifar (0) kes,” katanya.
Satu lagi kluster baharu yang melibatkan pelajar asrama sekolah menengah diisytiharkan di Tenom hari ini.
Indeks kes ‘Kluster Mantailang Atas’didapati positif setelah menjalani saringan pada Sabtu.
“Saringan kontak rapat dikalangan rakan sekelas, rakan asrama dan keluarga kontak rapat mendapati 15 orang lagi telah dijangkiti setakat ini,” jelas Masidi.
Namun katanya, jumlah pesakit yang mengalami kesan serius akibat jangkitan COVID-19 kekal rendah.
“Daripada 543 kes yang dilaporkan hari ini, cuma seorang pesakit dalam Kategori 5, lima (5) orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 3…
“Bagi kes jangkitan yang dianggap ringan, 466 orang pesakit atau 86 peratus (86%) adalah dalam Kategori 2 dan 65 pesakit atau 12 peratus (12%) adalah dalam Kategori 1,” katanya sambil menambah enam (6) lagi kes masih dalam siasatan lanjut.
Katanya, jangkaan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ‘R0’ bagi seluruh negara ialah 1.02 dan bagi negeri Sabah 0.97.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 120 (93)
Ranau – 51 (38)
Tuaran – 51 (56)
Kota Belud – 47 (29)
Penampang – 40 (60)
Papar – 28 (29)
Kota Marudu – 23 (33)
Keningau – 19 (11)
Tenom – 19 (45)
Beaufort – 18 (32)
Putatan – 17 (16)
Tawau – 16 (11)
Tambunan – 15 (11)
Beluran – 14 (6)
Sandakan – 9 (14)
Kinabatangan – 9 (13)
Pitas – 9 (8)
Kudat – 8 (12)
Lahad Datu – 7 (2)
Tongod – 7 (0)
Sipitang – 5 (9)
Telupid – 4 (0)
Kunak – 3 (1)
Nabawan – 2 (7)
Kuala Penyu – 1 (3)
Kalabakan – 0 (1)
Semporna – 0 (3)





