KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 baharu Sabah meningkat 27 kes hari ini dengan pengesanan satu kluster baharu di Sungai Trayon, Kinabatangan.
Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes hari ini adalah sebanyak 280 KES.
Menurut beliau beberapa daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih tinggi.
“Antaranya Ranau yang menambah 22 kes baharu kepada 33, Papar tambah 11 kes kepada 20 kes dan Kinabatangan daripada satu (1) kes kelmarin kepada 26 kes hari ini…
“Jumlah kes yang melonjak tinggi di Kinabatangan berpunca daripada Kluster Sungai Trayon yang merekodkan 25 kes positif baharu hari ini,” katanya.
Kluster tersebut melibatkan seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing.
“Saringan ke atas 382 pekerja dan kontak rapat mendapati 24 orang lagi telah dijangkiti,” jelasnya.
Tuaran mencatatkan jumlah penurunan kes terbesar iaiatu sebanyak 18 kes, daripada 29 kes kelmarin kepada 11 kes sahaja pada hari ini.
Masidi berkata perubahan turun-naik kes harian di daerah-daerah lain berlaku setiap hari pada kadar marginal. Tidak ada kes baharu di empat (4) daerah.
Seramai 276 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala satu (1) kes dalam Kategori 2, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes baharu dalam Kategori 5.
Sementara itu, satu (1) kes lagi masih dalam penilaian lanjut.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (12 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 53 (49)
Ranau – 33 (11)
Kinabatangan – 26 (1)
Papar – 20 (9)
Penampang – 19 (18)
Kota Marudu – 17 (19)
Keningau – 15 (13)
Tenom – 12 (12)
Kuala Penyu – 11 (7)
Tuaran – 11 ( 29)
Sandakan – 10 (15)
Tambunan – 8 (6)
Kota Belud – 8 (13)
Putatan – 7 (0)
Sipitang – 6 (6)
Beaufort – 6 (7)
Telupid – 5 (5)
Tawau – 5 (10)
Pitas – 3 (2)
Lahad Datu – 2 (4)
Kunak – 1 (0)
Tongod – 1 (5)
Kudat – 1 (2)
Semporna – 0 (1)
Beluran – 0 (2)
Nabawan – 0 (5)
Kalabakan – 0 (2)





