Polis KK Giat Cari Suspek Kes Pecah Masuk Kereta Di Likas Square

Polis KK Giat Cari Suspek Kes Pecah Masuk Kereta Di Likas Square

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH –  Polis daerah ini sedang giat mencari seorang lagi rakan subahat dalam kes pecah masuk kereta melibatkan kecurian wang tunai berjumlah RM 230,744 di Likas Sqare, sini, pada Isnin.

Mangsa kejadian 11.45 pagi itu merupakan adik bongsu kepada pemilik pengusaha rangkaian runcit ‘Pick & Pay’.

Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengumpul hasil jualan setiap hari dari setiap 10 cawangan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Kepayan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah berkata mangsa menuju ke tempat letak keretanya dan mendapati penggera kereta telah berbunyi akibat cermin sebelah pemandu telah dipecahkan.

“Dua suspek yang bergerak dalam sebuah kenderaan Proton Iswara berwarna kelabu telah bertindak memcahkan cermin kenderaan suspek yang di letak di perhentian bas hadapan Likas Square.

“Menurut keterangan seorang saksi, suspek kemudiannya dilihat membuka but kenderaan Nissan Almera terbabit lalu mengambil dua (2) beg dan terus berjalan melintas jalan.

“Saksi telah meminta bantuan dengan anggota Polis Balai Kota Kinabalu yang sedang menjalankan rondaan motosikal di kawasan itu,” katanya.

Tidak lama kemudian, dua (2) orang anggota peronda motosikal (FRM 2) telah bertindak mengejar dan menahan kereta suspek di tepi jalan dihadapan Sekolah Rendah Saint Agnes, Jalan Teluk Likas.

Suspek pertama yang kini dalam tahanan polis…(Sumber Foto: Ihsan IPD Kota Kinabalu)

“Kenderaan tersebut dipandu oleh Ngu Sing Keng, 56, yang berjaya ditahan manakala rakan subahat, Fredius George, 33, yang duduk di bahagian penumpang hadapan berjaya melarikan diri…

“Turut dirampas adalah wang tunai, kereta suspek dan serta alat tukul dan dua (2) pasang sarung tangan.

“Didapati sejumlah RM 45,000 telah berjaya dibawa lari oleh suspek yang masih bebas,” katanya lagi.

Beliau berkata anggaran hasil kutipan jualan mangsa setiap hari adalah lebih kurang RM 80,000 manakala hasil kutipan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin sebanyak RM240,000.

Hasil rampasan…(Sumber Foto: Ihsan IPD Kota Kinabalu)

“Setelah mengutip hasil jualan, mangsa akan mengira jumlah keseluruhan wang di pejabatnya dan memasukkannya di Aliance Bank, Donggongon…

“Duit hasil jualan hari Sabtu akan disimpan oleh pengadu sehingga hari Isnin dan hanya dimasukan di dalam bank setelah hasil jualan hari Ahad dan Isnin selesai dikutip.

“Masa kutipan dibuat dan rutin pergerakan pengadu adalah tidak konsisten dan kebiasaannya akan bergerak sendiri,” jelasnya.

Zaidi berkata usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes sedang disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.