KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengambil sedikit sebanyak masa beliau untuk bertemu dengan duta-dua negara asing pada acara Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah (SIBES) di Pusat Konvensyen Antadutarabangsa Sabah (SICC) pagi tadi.
Antaranya ialah Duta Sepanyol, Jose Miguel Corvinos Lafuente; Duta Republik Czech Milan Hupcej; Duta Switzerland, Andrea Reichin; Duta Persekutuan Rusia, Naiyl M Latypov; Duta Romania, Nineta Barblescu; Duta Sweden, Dr Joachim Bergstrom; Duta Itali, Massimo Rustico; Duta Republik Korea, Lee Chi Beom dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand Pam Chong Dunn.

Pelbagai topik kepentingan bersama dan potensi bekerjasama telah dibincangkan terutamanya berkenaan peluang pelaburan yang boleh mereka terokai di Sabah.
Seramai lebih 700 peserta terdiri daripada duta-duta dan Persuruhjaya Tinggi dari sembilan buah negara, pelabur tempatan dan asing, serta pemain industri dari pelbagai sektor utama hadir pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Datu Sulai; Timbalan Pengerusi Strategic Institute For Asia Pacific (KSI), Tan Sri Majid Khan serta Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki.





