SABAH SEDIA UNTUK ADAKAN PRK BUGAYA – BUNG

SABAH SEDIA UNTUK ADAKAN PRK BUGAYA – BUNG

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri sudah bersedia mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Bugaya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, maklumat berkenaan tarikh atau tangguhan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Bugaya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Situasi COVID-19 di Sabah nampak belum cukup terjamin namun ianya semua bergantung kepada laporan daripada Majlis Keselamatan Negara…

“Saya yakin akan kita tahu keputusan dalam masa terdekat ini,” kata Bung yang juga Ketua UMNO Sabah.

Dalam kenyataan baru-baru ini beliau berkata UMNO Sabah sudah bersedia memajukan calon…

Selain itu, katanya, jentera UMNO Sabah akan membantu rakan-rakan di Johor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri.

Tarikh pilihan raya di Johor juga belum diumum secara rasmi sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri dua hari yang lepas.

Apabila ditanya mengenai pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai sebuah gabungan politik yang rasmi, katanya, didaftar atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa impak kepada mana-mana pihak.

“GRS hanya platform sebuah kerajaan untuk ianya diwujudkan.

“Perkara ini akan dibincangkan dengan pemimpin-pemimpin GRS yang lain berkenaan penyelerasan yang sepatutnya dalam hari bermesyuarat datang nanti,” ujarnya.