JAKARTA, INDONESIA – Seorang lelaki di Pekanbaru dalam wilayah Riau bertindak membakar pejabat isterinya kerana isterinya bekerja pada hari cuti umum Tahun Baharu Cina, lapor Kompas.
Lelaki itu dituduh membakar pejabat Agensi Perancangan Pembangunan Daerah (Bapedda) Wilayah Riau di Pekanbaru pada Selasa lalu.
Ketua Polis Pekanbaru, Komisioner Polis Pria Budi berkata, isteri suspek pada awalnya memberitahu lelaki itu bahawa dia perlu bekerja pada hari cuti kelepasan am itu.
Bagaimanapun, suspek mencari isterinya di pejabat dan memecah masuk pejabat tersebut selepas mengancam pengawal keselamatan menggunakan senjata tajam.
Dia kemudian naik ke tingkat dua lalu membakar sebuah sofa sebelum bertindak melarikan diri…
“Isteri suspek bertugas di Bapedda Riau. Dia pada awalnya ingin mencari isterinya di situ, namun wanita itu tidak berada di pejabat tersebut. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” kata Pria.
Suspek telah diberkas polis di rumahnya di Pekanbaru tidak lama selepas kejadian tersebut.





