PUTRAJAYA – Kes COVID-19 dijangka akan mencecah sehingga 22,000 kes menjelang akhir Mac tahun ini.
Menurut laporan Kosmo, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata nilai kebolehjangkitan Rt negara buat masa ini adalah 1.20.
“Oleh itu menjadi tanggungjawab kita mematuhi semua langkah kesihatan dan sosial serta meningkatkan liputan vaksinasi serta dos penggalak…
“Hal ini agar kadar jangkitan dapat dikurangkan dan nilai Rt kurang daripada satu,” katanya menerusi ciapan Twitternya.
Mengikut pecahan negeri-negeri pula, nilai Rt di Selangor (1.19), Sabah (1.41), Pulau Pinang (1.17), Johor (1.16), Kelantan (1.08), Melaka (1.11), Kuala Lumpur (1.12), Putrajaya (1.29), Negeri Sembilan (1.10), Kedah (1.22), Pahang (1.14), Perak (1.10), Terenggany (1.13), Sarawak (1.17), Perlis (1.49) dan Labuan (15 kes).
Sementara itu, beliau sekali lagi mengingatkan bahawa negara belum bebas daripada penularan Covid-19.
“Yang penting pada kita perlu menjangkakan jumlah kes yang tinggi ini namun keterukan yang kurang selain kurangnya kemasukan ke hospital dan kurangnya kematian,” katanya





