Parti KDM Umum Dua Lagi Calon Tanding Kerusi Parlimen Kimanis, Sepanggar

Parti KDM Umum Dua Lagi Calon Tanding Kerusi Parlimen Kimanis, Sepanggar

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengesahkan seramai dua lagi calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden PKDM, Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan dua orang calon iaitu Peter berkata pesara pegawai kerajaan, Amat Md Yusof, 63, bakal bertanding di Parlimen Kimanis.

Manakala Jumardie Lukman, 40, bekas Ketua Wira WARISAN bahagian Sepanggar pula bakal bertanding di Parlimen Sepanggar.

Sebelum ini, Peter telah mengumumkan dua orang calon, Datuk Seri Winston Liaw Kit Siong yang bertanding di Parlimen Kota Kinabalu dan Datuk Wetrom Bahanda di Kota yang bertanding di Parlimen Kota Marudu.

Beliau turut menambah bakal mengumumkan lagi baki calon sama ada dalam sebuah program yang bakal diadakan di Tenom pada Sabtu ini atau beberapa hari sebelum penamaan calon.

Peter dalam satu sidang media khas hari ini menjelaskan pengumuman calon dari KDM dibuat secara berperingkat kerana menerima banyak permohonan termasuk dari ahli politik tempatan berpengalaman untuk menyertai parti tersebut.

“Di peringkat parti kita mempunyai jawatan kuasa penapisan calon jadi sebab itu kenapa kita buat secara berperingkat dan calon yang masih perlu diperhalusi (kriteria kelayakan calon) sebelum kita akan umumkan…

“PRU-15 ini berbeza dengan PRU-14 yang lalu. Bukan sahaja mereka (rakyat) akan menilai sesebuah parti tersebut tetapi mereka juga akan melihat latar belakang calon.

“Sama ada calon yang kita turunkan sama ada mereka ini calon berpotensi atau tidak, inilah yang akan dinilai oleh pengundi nanti…

“Bertanding di empat atau lima penjuru itu tidak ada masalah. Apa yang penting calon kita turunkan ini berpotensi memberi cabaran kepada parti bertanding di tempat tertentu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Peter turut memberitahu pemberita bahawa parti PKDM yang dipimpin beliau akan menyokong mana-mana pihak yang membentuk ‘government of the day’.

Katanya, matlamat dan perjuangan parri KDM menghormati dan menyokong kerajaan hari ini yang mentadbir sama ada diperingkat negeri Sabah mahupun Persekutuan.