“Lu Boleh Caya Gua” – Hashim

“Lu Boleh Caya Gua” – Hashim

0
SHARE
Hashim
Hajiii terima cenderahati dari Hashim ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – “Lu boleh caya sama gua,” itu antara ungkapan berseloroh Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Datuk Hashim Paijan dalam menguruskan dana pelaburan.

Ia terbukti apabila SEDIA diiktiraf sebagai antara agensi yang menerima Sijil Tanpa Teguran oleh Ketua Audit Negara selama 14 tahun berturut-turut sejak penubuhannya 15 tahun lalu.

“Kerjasama strategik bersama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) merupakan yang terbaik berdasarkan rekod pencapaian mereka membimbing lebih 400 syarikat disenaraikan di Bursa Saham dalam dan luar negara.

“Selaras dengan seruan YAB Ketua Menteri agar SEDIA meneroka kerjasama bagi mewujudkan sumber ekonomi baru disamping menyarankan agar pusat-pusat kajian dan penyelidikan meningkatkan pengetahuan serta menggalakkan inovasi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian MTDC Road To Growth (R2G) 2024 Sabah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Hashim, pihaknya turut diminta untuk mengiktiraf teknologi dan inovasi dalam proses pembangunan sosioekonomi negeri untuk kemakmuran yang mampan.

“Kejayaan beberapa siri perbincangan meja bulat dengan MTDC serta badan-badan penyelidikan di Sabah dapat dilihat dengan termeterainya perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bersama SEDIA,” ujar beliau.

Dalam majlis tersebut, Hajiji menyaksikan sesi menandatangani MoU antara Sedia bersama MTDC dan juga antara MTDC dengan Lembaga Koko Malaysia. — JABATAN PENERANGAN SABAH