KOTA KINABALU, SABAH – Kemalangan membabitkan dua kenderaan dan kereta api dari Beaufort menghala ke arah bandaraya sini pada kira-kira 2.40 petang kelmarin berpunca daripada ketiadaan penjaga lintasan rata.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, seorang penjaga sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata di pondol persimpangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu.
“Ketiadaan beliau menyebabkan siren amaran dan palang landasan kereta api gagal diaktifkan,” katanya…
Sebuah lori mengalami kerosakan kecil manakala sebuah kereta pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) rosak teruk. Kereta api tersebut pula mengalami kerosakan kecil di bahagian penutup enjin.
Kedua-dua kenderaan terbabit dilaporkan bergerak dari Jalan Lintas – Kepayan menuju ke arah KKIA.
Namun tiada kecederaan dilaporkan pemandu kenderaan terlibat mahupun 70 penumpang kereta api terbabit…
Bung berkata palang keselamatan lintasan rata di persimpangan itu turut mengalami kerosakan.
Jelasnya, kereta api terlibat terlewat daripada jadual asal manakala siasatan rapi untuk memastikan punca kecuaian itu akan dibuat segera.
“Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.






