Kimanis Power Sdn Bhd Bayar Dividen RM30 Juta Kepada Kumpulan Yayasan Sabah

Kimanis Power Sdn Bhd Bayar Dividen RM30 Juta Kepada Kumpulan Yayasan Sabah

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian replika cek pembayaran dividen interim kedua Kimanis Power Sdn Bhd daripada Pengerusinya, Abdul Aziz Othman kepada Timbalan Pengerusi Yayasan Sabah Datuk, Sam Mannan di Menara Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Kimanis Power Sdn Bhd membayar dividen RM30 juta bagi tahun 2021 kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Syarikat itu membayar RM12 juta untuk dividen interim pertama bagi 2021 tahun lepas, manakala RM18 juta lagi dibayar sebagai dividen interim kedua pada Isnin.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian cek dividen interim kedua daripada Pengerusi Kimanis Power, Abdul Aziz Othman kepada
Timbalan Pengerusi Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan, di pejabatnya di Menara Kinabalu sini hari ini.