KOTA KINABALU, SABAH – Terdapat penurunan pelajar Sabah lulus (0.36 peratus) dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2021.
Walaubagaimanapun, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Tah Nia Jaman berkata, ianya tidak signifikan dalam peperiksaan melibatkan 7,210 calon.
Hanya 7,109 (98.60 peratus) daripada mereka lulus berbanding kadar kelulusan 98.96 peratus pada tahun 2020.
Katanya Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Sabah bagi STPM 2021 juga ialah 2.70, iaitu penurunan sebanyak 0.01 mata berbanding tahun sebelumnya.
“Seramai 60 calon pada 2021 berjaya memperoleh PNGK 4.00 berbanding seramai 72 orang pada 2020 dan ini menunjukkan penurunan seramai 12 calon…
“Peratusan calon STPM 2021 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding tahun lalu juga didapati menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 71.95 peratus,” katanya dalam satu kenyataan semalam.





