Pelantikan JC Sabah, Sarawak Tanpa Pindaan Perlembagaan

Pelantikan JC Sabah, Sarawak Tanpa Pindaan Perlembagaan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) bagi mahkamah di Sabah dan Sarawak akan dilakukan secara pentadbiran tanpa pindaan perlembagaan.

Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof memaklumkan pelantikan itu akan dibuat oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta Jabatan Peguam Negeri Sabah selepas perbincangan dan persetujuan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Menurut Nor Asia, keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama Badan Kehakiman.Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu.