KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki patah tangan dan kakinya selepas merempuh tiang elektrik dan sebuah pacuan empat roda berhampiran City Mall di Jalan Lintas, sini, kira-kira jam 11.40 malam Jumaat.
Mangsa, 28 tahun, sedang memandu Toyota Innova dalam kejadian sebelum merempuh sebuah Mitsubishi Triton.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas berjaya mengeluarkan mangsa dari remuk kenderaan yang kemudian dihantar ke Hospital menggunakan ambulans.
Sementara itu, pemandu Mitsubishi Triton, seorang lelaki berusia 38 tahun, selamat tanpa sebarang kecederaan.
Tujuh anggota bertindak balas ke tempat kejadian dan kemudian menjalankan pemeriksaan di lokasi nahas bagi mengelak kemalangan lain.






