KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Joachim Gunsalam akan menerajui parti sebagai pemangku presiden berkuat kuasa 1 Jun ini.
Setiausaha Agung Parti Datuk Julita Majungki berkata ianya kerana Presiden parti, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sedang cuti rehat.
“Susulan Joachim yang merupakan Timbalan Presiden bagi kuota Bumiputera bukan Islam parti itu naik sebagai pemangku presiden, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai akan melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai pemangku timbalan presiden.
“Langkah ini menunjukkan komitmen parti untuk memastikan kesinambungan dan penyesuaian dalam struktur kepimpinannya yang mengutamakan kepentingan parti dan ahli,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.