Pendakwah Terkenal Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah Litar Tenom

Pendakwah Terkenal Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah Litar Tenom

0
SHARE

TENOM, SABAH – Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah hari ini (18 Feb) di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal ketat oleh pihak polis sejak awal pagi tadi.

 

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja-kerja amal.