Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Negara Turun 1.27 Rt

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Negara Turun 1.27 Rt

0
SHARE
Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah...

SHAH ALAM, SELANGOR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara dilaporkan menurun pada tahap 1.27 pada kelmarin.

Menurut laporan Sinar Harian, data itu dikongsi menerusi Twitter rasmi Noor Hisham pada Jumaat, dan Labuan masih merekodkan kadar tertinggi sekali gus melepasti Rt negara dengan kadar 1.99.

Sarawak mencatatkan 1.50 manakala Sabah 1.47 diikuti Perlis (1.44); Kedah (1.41); Pulau Pinang (1.39); Terengganu (1.37); Kelantan (1.36) dan Selangor (1.32)..

Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt pada 1.30, manakala, Pahang dan Kuala Lumpur mencatatkan kadar 1.29 diikuti Putrajaya dan Johor 1.27; Perak (1.23) dan Melaka (1.21).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.