PPDK Tg Aru Terima Buku Sumbangan Samantha Tang

PPDK Tg Aru Terima Buku Sumbangan Samantha Tang

0
SHARE
Samantha
Samantha (kanan) menyerahkan buku terbitan Samantha's Stories Edisi Kedua kepada Valentina (kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tanjung Aru menerima sumbangan 10 buku terbitan Samantha Tang Edisi Kedua.

Buku bergambar dengan empat tajuk berbeza itu disampaikan kepada Penyelia PPDK, Valentina Sho untuk kegunaan 45 pelatih disamping menjadi rujukan kepada ibu bapa.

Samantha, penuntut Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Open Universiti Malaysia (OUM) kini dalam perancangan untuk menerbitkan Samantha’s Stories Edisi Ketiga.

“Saya menghasilkan buku ini kerana saya suka menulis, saya boleh melukis, dan saya juga mahu mengajar kanak-kanak nilai moral,” ujar Samantha yang turut berkebolehan bermain piano dan melukis.

Beliau berjaya menghasilkan buku pertamanya yang diterbitkan pada 2021 dan mendapat ilham daripada pelbagai imaginasi yang kemudiannya diterjemahkan melalui penulisan. — JABATAN PENERANGAN SABAH