Minyak Kelapa Sawit Boleh Dijadikan Bahan Bakar Biojet Untuk Pesawat – Willie...

Minyak Kelapa Sawit Boleh Dijadikan Bahan Bakar Biojet Untuk Pesawat – Willie Mongin

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin dalam satu kenyataan berkata bahawa kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan bahan bakar biojet menjadi sumber tenaga pesawat.

Menurutnya, di negara China satu kajian dijalankan untuk menghasilkan bahan bakar biojet melalui minyak kelapa sawit tersebut.

“Kami juga melakukan penyelidikan dengan bantuan beberapa universiti untuk membuat bahan bakar biojet tersebut dengan kapal terbang dapat menggunakan minyak sawit sebagai bahan bakar untuk penerbangan mereka,” jelasnya pada Program Jom MSPO Negeri Sarawak di Dewan Rentap Pulapol pada Jumaat baru-baru ini.

Tambahnya, jika bahan api bio dapat digunakan untuk pesawat harga minyak sawit akan naik.

“Ia juga memberikan satu perkara positif untuk penanaman pokok kelapa sawit di Malaysia yang mempunyai tanah yang subur,” jelasnya.

Willie mendedahkan Malaysia juga memulakan Program Biodiesel iaitu B30 dan B20 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Kami melancarkan Program Biodiesel di Langkawi dan Labuan dan biodiesel ini digunakan oleh pengangkutan logistik.

“Bayangkan jika minyak sawit ini digunakan sepenuhnya sebagai biodiesel, kita tidak perlu menjual ke negara asing tetapi sebaliknya bahan api ini digunakan di dalam negara atau penggunaan domestik,” jelasnya.