TUARAN, SABAH – Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang telah ditemui di kawasan Kampung Lakang, Tamparuli di sini, semalam.
Mayat itu ditemui susulan bau busuk dari dalam kenderaannya yang berparkir di kawasan itu.
Pada 7.20 malam, orang awam telah menemui mayat John Maria Ambrose, 62, berasal dari Kampung Tambalugu, Tamparuli selepas usaha penduduk mencarinya dijalankan sejak semalam.
Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, pihaknya menerima panggilan mengenai laporan orang hilang pada jam 5.24 petang semalam.
Katanya, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu kenderaan utiliti pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Seorang mangsa lelaki OKU yang dilaporkan hilang di Kg. Tambalugu Berungis, Tuaran telah dijumpai oleh orang awam (pemilik kenderaan) di dalam keretanya pada jam 7.20 petang apabila menyedari kenderaannya berbau busuk.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis. Operasi SAR tamat pada jam 8.37 malam,” kata kenyataan itu…
Dipercayai, mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut.





