KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 Sabah melepasi paras 1,000 hari ini dengan 1,205 kes baharu iaitu pertambahan 296 kes berbanding semalam.
Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes baharu negeri berganda tiga kali hanya dalam masa tiga hari.
“Empat (4) daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Sandakan 230 kes (+45), Kota Kinabalu 213 kes (+112), Penampang 113 kes (-2) kes dan Tuaran 113 kes (+27)…
“Hanya Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu,” jelasnya dalam rumusan harian kes.
Menurutnya, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik sebanyak 527 kes atau 43 peratus.
“Statistik ini menunjukkan virus itu sudah bertapak dalam komuniti dan akan mengakibatkan kadar jangkitan yang lebih cepat dan meluas…
“Adalah dijangka jumlah kes harian akan terus melambung naik dalam tempoh terdekat.
“Situasi hanya akan semakin teruk sebelum ianya pulih,” katanya.
Tambahan kepada itu, satu (1) lagi kluster baharu jenis komuniti diumumkan hari ini di Beaufort.
“Kluster Kampung Weston berpunca daripada majlis perkahwinan yang dihadiri oleh ahli keluarga yang melibatkan lokaliti Kampung Lubok dan Kampung Menengah di Weston…
“Kes indeks merupakan seorang lelaki berumur 66 tahun yang telah disahkan positif pada hari Rabu di Klinik Kesihatan Penampang kerana bergejala demam, batuk dan sakit badan empat hari sebelumnya,” kata Masidi.
Tiga (3) orang kontak serumah dikesan positif manakala sejarah pesakit adalah menghadiriajlis perkahwinan di Lubok dan Menengah, Weston pada hari beliau mul bergejala.
“Setakat ini jumlah kes yang berkait dengan kluster ini ialah 27 orang yang mana 22 dilaporkan pada hari ini…
“Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya,” tambah Masidi.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah telahpun memulakan program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur 5 sehingga 11 tahun yang bermula pada Khamis dengan seramai 30 kanak-kanak yang menjadi perintis.
“Dua dos suntikan akan diberikan kepada kanak-kanak dengan jarak suntikan lapan minggu…
“Dos suntikan bagi kanak2 ialah 10 mikrogram (Mcg) iaitu satu per tiga daripada dos suntikan untuk dewasa,” jelasnya.
Bagi hari ini, terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 3, satu (1) kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Sandakan – 230 (185)
Kota Kinabalu – 213 (101)
Penampang – 113 (115)
Tuaran – 113 (86)
Papar – 84 (36)
Kota Marudu – 74 (53)
Beaufort – 62 (57)
Ranau – 55 (30)
Lahad Datu – 53 (57)
Tawau – 52 (31)
Kota Belud – 33 (11)
Putatan – 23 (22)
Kunak – 17 (9)
Kuala Penyu – 14 (24)
Keningau – 12 (10)
Sipitang – 11 (5)
Semporna – 10 (16)
Kudat – 9 (11)
Telupid – 8 (2)
Kinabatangan – 6 (16)
Beluran – 4 (16)
Nabawan – 3 (0)
Tenom – 3 (6)
Tambunan – 1 (10)
Pitas – 1 (0)
Tongod – 1 (0)
Kalabakan – 0 (0)