Bebola Lumpur Cara Rawat Sungai Semula Jadi – Jannie

Bebola Lumpur Cara Rawat Sungai Semula Jadi – Jannie

0
SHARE
Jannie
Jannie sedang membuat bebola lumpur bersama murid pendidik khas SMK Bahang ( Sumber Foto: Pejabat ADUN Kepayan )

PENAMPANG, SABAH – Bebola lumpur atau merupakan salah satu cara perawatan air secara semula jadi dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang, bebola lumpur mengandungi mikroorganisma berfaedah yang mampu merawat pencemaran air kolam, tasik, sungai, longkang dan sebagainya.

“Ia diolah untuk memudahkan kerja-kerja penyebaran mikroorganism berfaedah terutama di dalam air dengan lebih berkesan dan menjimatkan kos.

“Bahan-bahan digunakan untuk membuat bebola lumpur adalah tanah liat, emas dan temukut beras.

“Satu bebola lumpur boleh membersihkan satu meter persegi ruang sungai atau parit,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Mengulas lanjut, Jannie berkaya pencemaran, air sisa kumbahan, tumpahan bahan api, minyak dan plastik dan air larian pertanian semuanya menyumbang kepada pencemaran air dan bau busuk.

“Oleh itu Pejabat ADUN N25 Kapayan berkerjasama dengan Kivatu Nature Farm dan pihak SMK Bahang Kepayan telah menjayakan program membuat bebola lumpur yang berlangsung pada 22 September di Dewan SMK Bahang dengan disertai seramai 350 orang pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut, termasuk murid-murid pendidikan khas.

“Program selama satu jam 30 minit berjaya menghasilkan sebanyak 4,241 bebola lumpur yang akan dibuang atau dilepaskan di Parit Juta selepas tiga hingga empat minggu daripada ia dibuat,” jelasnya.

Jannie berkata aktiviti seumpama itu sangat bermanfaat kepada semua, sama ada kepada alam sekitar mahupun komuniti berikutan dapat membantu merawat sungai atau parit kita disamping menawarkan cara semula jadi dan mampan untuk membersihkan alam sekitar.

“Selain itu, ia adalah satu aktiviti menyoronokkan, memupuk semangat kemasyarakatan dan semangat menjaga alam sekitar.

“Saya berharap melalui program ini, peserta dapat belajar dan mempraktiskan di rumah atau dimana-mana sahaja,” tambahnya.