18 Ekar Bukit Sim-Sim Hangus

18 Ekar Bukit Sim-Sim Hangus

0
SHARE
Jbpm
Operasi pemadaman dijalankan di lereng Bukit Sim-Sim ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Kira-kira 18 ekar Bukit Sim-Sim di sini hangus dalam kebakaran jam 2.30 petang Isnin.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, hasil pemantauan anggota Bomba mendapati kawasan terbakar berdekatan dengan Taman Astana Height dan Taman Habour View.

Seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba telah membuat pemadaman dengan menggunakan pam galas dan pemerap api di lereng dan kawasan bawah bukit.

“Mereka berusaha mencari laluan ke atas bukit bagi kerja-kerja pemadaman bagi meneruskan pemadaman,” kata seorang jurucakap agensi.

Menurutnya, api dengan keluasan tiga ekar berjaya dipadamkan.

Katanya lagi, operasi ditangguh pada jam 5.30 petang dan akan disambung pada hari ini.