PENAMPANG, SABAH – Anggota Bomba daerah ini membuka pintu terkunci sebuah rumah di Taman Suria, sini, setelah mendapat aduan mengenai seorang warga emas yang telah disyaki meninggal dunia.
Seramai lapan anggota digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggila 6.49 petang itu semalam.
“Pasukan bertindak membuka pintu rumah menggunakan peralatan khas.
“Terdapat seorang mangsa perempuan meninggal dunia yang disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian,” lapor jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Katanya, mangsa Sylvia Set Fung Chin, 82, kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
Beliau ditemui dalam keadaan terlentang di atas katil dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan.