Mayat Lelaki Korea Tergantung Dalam Bilik Air Resort Pulau Gaya

Mayat Lelaki Korea Tergantung Dalam Bilik Air Resort Pulau Gaya

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang lelaki warga Korea berusia 53 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di kawasan bilik mandi sebuah resort di Pulau Gaya di sini pada pagi Selasa.

Tanda jerut jelas pada leher mangsa, kata polis, walau bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” kata Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris dalam satu kenyataan, semalam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Insp Zackie Nizamri Jakariah di talian 013-3453278.

Difahamkan, mangsa dipercayai bertindak mengambil nyawa sendiri selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya.

Lelaki itu ditemui dalam bilik mandi di tingkat atas untuk anak-anak perempuannya yang berusia 12 dan 16 tahun.

Sumber berkata lelaki itu memilih untuk tidur di bilik anak mereka selepas bergaduh dengan isterinya malam sebelumnya.

Namun mayat mangsa ditemui kira-kira tujuh pagi ketika keluarga itu hendak bersiap untuk bersarapan.