Hati-Hati Buat Penduduk Di Kawasan Cerun Yang Berisiko Tinggi – Shahelmey

Hati-Hati Buat Penduduk Di Kawasan Cerun Yang Berisiko Tinggi – Shahelmey

0
SHARE
Shahelmey (kiri) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (dua dari kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri...

KOTA KINABALU, SABAH – Penduduk di kawasan cerun yang berisiko tinggi dinasihati untuk berhati-hati sewaktu fenomena peredaran monsun dijangka berlaku sehingga bulan November.

Menteri Kesejahteraan Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan, Ir. Shahelmey Yahya meminta mangsa bencana alam yang telah melanda daerah sekitar sini semalam untuk bersabar dan redha.

“Hujan kelmarin adalah luar biasa…mari kita menjaga keselamatan diri. Kerajaan Sabah akan menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya masih mengumpul laporan daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing bagi menggerakkan jentera yang sewajarnya.

“Mereka sedang mengumpul data dan keluarga-keluarga yang terjejas akan diberikan bantuan secukupnya,” katanya.

Beliau ditemui wartawan semasa melawat kawasan tanah runtuh di Kampung Madsiang, Penampang pada tengah hari tadi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.