Saham Tesla Rugi $15.2 Bilion, Elon Musk Bukan Lagi Orang Terkaya Di...

Saham Tesla Rugi $15.2 Bilion, Elon Musk Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia

0
SHARE
Elon Musk...

NEW YORK – Elon Musk bukan lagi orang terkaya di dunia setelah saham Tesla Inc. merosot 8.6% hari ini yang mana telah menyebabkan dia kehilangan $15.2 bilion dari nilai bersihnya.

Penurunan mendadak saham Tesla ini disyaki berpunca daripada komen Musk pada hujung minggu lepas bahawa harga Bitcoin dan saingan Ether yang lebih kecil “nampaknya tinggi.” Mesejnya ciapan (tweet) itu yang dihantar melalui platform media Twitter dimuat naik dua minggu selepas Tesla mengumumkan telah menambah $1.5 bilion Bitcoin ke dalam kunci kira-kira.

Memetik laporan Bloomberg News, Musk juga menulis satu ciapan (tweet) awal hari ini bahawa Model Y Standard Range SUV syarikat masih akan tersedia “di luar menu”, yang menyokong laporan dari laman berita kenderaan elektrik iaitu ‘Electrek’ bahawa model tersebut telah dikeluarkan dari konfigurator dalam taliannya.

Hal ini telah menyebabkan Musk turun ke tangga kedua dalam Bloomberg Billionaires Index daripada 500 orang terkaya di dunia dengan nilai bersih $183.4 bilion.

Pengasas Amazon.com Inc. iaitu Jeff Bezos memperoleh kembali kedudukan teratas walaupun kekayaannya turun sebanyak $3.7 bilion menjadi $ 186.3 bilion.

Kedua-dua jutawan itu telah bertukar tempat dalam tahun ini kerana nilai Tesla menunjukan trend yang berubah-ubah.

Musk umumnya telah mengatasi Bezos setelah syarikat roketnya SpaceX mengumpulkan $850 juta pada awal bulan ini, dengan nilai syarikat itu pada $74 bilion, iaitu kenaikan 60% dari bulan Ogos tahun lepas.

Bezos menduduki tempat teratas dalam ranking selama tiga tahun berturut-turut sebelum Januari, ketika Musk melepaskan titan e-dagang berkat kenaikan 794% dalam saham Tesla.