Rusia Umum Sekatan Ke atas 12 Pemimpin AS Termasuk Biden

Rusia Umum Sekatan Ke atas 12 Pemimpin AS Termasuk Biden

0
SHARE
Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden As Joe Biden...

MOSCOW, RUSIA – Pentadbiran Presiden Vladimir Putin mengambil langkah radikal dengan mengumumkan sekatan ke atas 12 pemimpin Amerika Syarikat (AS) termasuk Presiden Joe Biden dan Setiausaha Negara, Antony Blinken.

Menurut laporan agensi berita United Press International, Kementerian Luar Rusia berkata, sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum itu akan meletakkan pemimpin AS dalam senarai ‘penamatan’.

Ia adalah bagi membalas sekatan AS sebelum ini ke atas pemimpin Rusia yang melarang mereka daripada memasuki negara tersebut.

“Langkah ini diambil sebagai tindak balas atas sebab yang tidak dapat dielakkan daripada Russophobic atau ‘Fobia Rusia’ melampau yang diambil oleh pentadbiran semasa AS…

“Ia juga dilihat sebagai percubaan terdesak untuk mengekalkan pengaruh AS dengan membuat taruhan, membuang semua toleransi lalu mengenakan sekatan ke atas Rusia,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sekatan Rusia, Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki seperti menolak berita itu sambil bergurau mungkin Rusia tersilap dan mengenakan sekatan ke atas bapa Biden.

“Setakat ini, pentadbiran AS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Rusia dan kami tidak memiliki mana-mana akaun bank yang tidak boleh digunakan jadi, kami akan teruskan kehidupan seperti biasa,” kata Psaki.

Selain Biden, Blinken dan Psaki, pemimpin AS yang dinamakan dalam sekatan Rusia termasuk Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin, Ketua Staf Bersama Pengerusi, Mark Milley, Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan, Pengarah CIA, Bill Burns dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara, Daleep Singh.

Turut termasuk dalam senarai ialah Pentadbir Agensi Pembangunan Antarabangsa AS, Hunter Biden, Anak bekas presiden, Hillary Clinton, Timbalan Setiausaha Perbendaharaan, Wally Adeyemo serta Presiden dan Pengerusi Bank Eksport-Import AS, Reta Jo Lewis.