PKPB Di Sabah Lanjut Lagi 4 Minggu, PKPB Turut Dikenakan Di Seluruh...

PKPB Di Sabah Lanjut Lagi 4 Minggu, PKPB Turut Dikenakan Di Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PETALING JAYA – Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB dilaksanakan untuk tempoh 4 MINGGU bermula pada 9 November hingga 6 Disember ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memaklumkan bahawa PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan secara automatik bersambung lagi 4 MINGGU.

Ia selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan ketara kes COVID-19 dalam negara.

Di bawah PKPB, beberapa SOP akan perlu diikuti, termasuk keluar rumah untuk membeli barang keperluan, terhad kepada dua (2) orang dalam kenderaan, tiada perjalanan merentas daerah atau negeri, dan perlu membawa surat ketika keluar untuk tujuan bekerja.