Banjir: 95 Penduduk Kampung Suasa Dipindahkan

Banjir: 95 Penduduk Kampung Suasa Dipindahkan

0
SHARE
Banjir
Mangsa banjir selamat dipindahkan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

BEAUFORT, SABAH Seramai 95 orang penduduk Kamounf Suasa di sini selamat dipindahkan pasukan bomba daerah selepas dilanda banjir ekoran hujan lebat kira-kira pukul empat petang semalam.

Mangsa terdiri daripada 26 orang dewasa, 46 kanak-kanak, dua orang kurang upaya, empat orang bayi dan enam orang warga emas.

Proses pemindahan membabitkan pelbagai agensi keselamatan ke Dewan PPS Selagon tamat pada 6.30 petang.