PETALING JAYA – Semua negeri termasuk Sabah, diramalkan dilanda ribut petir dan hujan lebat pada petang ini, kata Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
Menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh MetMalaysia, amaran cuaca buruk bagi negeri Sabah membabitkan di bahagian Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan.
Sementara itu, di Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Di sebelah pantai timur, turut menerima amaran sama di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang,” katanya.
Manakala di Terengganu, cuaca buruk diramalkan di kawasan Hulu Terengganu dan di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin.
Selain itu, amaran cuaca buruk turut dijangka berlaku melibatkan keseluruhan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya Negeri Sembilan, Melaka dan Pualau Pinang.
Jelsnya lagi, keadaan sama turut diramalkan berlaku di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
”Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri (Miri) dan Limbang,” katanya.





