KOTA KINABALU, SABAH – Sambutan ulang tahun Parti Bersatu Sabah yang ke-37 akan disambut secara sederhana bagi mematuhi saranan yang ditetapkan di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.
“Walaupun sambutan diadakan secara sederhana, namun ia cukup bermakna kerana selepas 37 tahun, PBS kekal relevan dalam politik negeri, dan negara,” kata Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Majungki.
Beliau menambah PBS adalah parti tempatan terbesar dan tertua di Sabah.
“Semenjak penubuhan parti pada tahun 1985, PBS telah mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan, dan kami berjaya mengharungi semua dugaan. PBS akan terus berjuang,” ujar beliau.
Julita menambah Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan merasmikan majlis makan malam yang akan diadakan pada Mac 5, 2022 (Sabtu) di DEwan Hakka, di sini.
Jemputan terhad kepada 150 orang sahaja, yang terdiri dari kepimpimpinan atas PBS, serta ketua-ketua bahagian parti tersebut.





