Saingan Sengit Di Kubu Kuat Muhyiddin – Najib

Saingan Sengit Di Kubu Kuat Muhyiddin – Najib

0
SHARE

TANGKAK, JOHOR – Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan sengit di kubu kuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, BN tetap perlu bekerja keras walaupun sambutan orang ramai terhadap parti tersebut baik, lapor Sinar Harian.

“Sambutan Alhamdulillah, tetapi memang saingan sengit.

“Jawapan saya sama kita tumpukan kepada kerja. Selepas itu kita tengok keputusan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengundi di Pekan Bukit Gambir pada Selasa.

Mengulas mengenai gelombang ‘bossku’ yang mendapat sambutan di Johor, Najib berharap ia dapat diterjemahkan untuk mengundi BN.

“Saya harap semangat ‘bossku’ diterjemahkan untuk undi BN,” ujarnya.

Sementara itu, Najib turut mengulangi sindirannya sebelum ini dengan menyatakan beliau sukar untuk berdebat dengan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya dah kata, saya susah nak debat dengan orang yang muka tak berapa jelas (dan) kabur.

“Saya cabar berdebat dengan Tan Sri Muhyiddin sebab lebih patut saya debat dengan Tan Sri Muhyiddin,” jelasnya.